KALAM PEMBUKA BICARA
KATA-KATA ALUAN..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian kalian untuk membaca kalam bicara saya ini. Sesungguhnya saya di antara kalangan individu yang bertuah kerana anda sudi membaca dan singgah melihat ruangan bicara saya ini.
Ucapan yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah saya kerana memberikan peluang dan ruang yang besar untuk saya menonjulkan bakat dan mengetengahkan idea sendiri dalam penulisan blog ini. Selain itu, ucapan terima kasih buat isteri tersayang yang banyak membantu memberikan sumbangan idea dan memberikan tunjuk ajar dalam menghasilkan blog ini. Sesungguhnya jasa dan ilmu yang diberikan amat saya hargai.
Untuk pengetahuan semua, blog ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih diri untuk mempelajari ilmu perkomputeran dalam pengurusan awam pada masa kini. Selain itu, penubuhan blog ini adalah selaras dengan tugasan dalam pelajaran STID 1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN di Universiti Utara Malaysia. Blog ini telah ditubuhkan pada tahun 2017 selaras dengan tugasan kursus ini.
Kewujudan blog ini telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya seperti yang diharapkan kepada saya dalam tugasan kursus ini. Malah, tugasan ini telah memberikan peransang kepada saya untuk lebih berminat dalam mengenali teknologi perkomputeran. Oleh itu diharapkan agar tugasan membina blog ini mampu mencapai hasrat dan matlamat saya dalam memahirkan diri dalam aplikasi komputer.
SEKIAN
TERIMA KASIH
*Muhammad Kharul Bin Shaharuddin*
3 Ogos 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment